It's Over Now, BaiBai :'>
Sunday, 1 January 2012, ϟ
Assalamualaikum ^^
First nak cakap, entri ni agak panjang sedikit. nak baca teruskan, tak nak, say GoodBye :) hmm '
Okay, Happy New Year. Semua orang semua dok sibuk update pasal new year. So, aku pun tak nak lah ketinggalan. Hee ^^ Happy New Year 2012 ' GoodBye 2011 :'> i'll miss you. Banyak memori aku dalam tahun ni. Sedih, gembira, semua lah. huh :') apa-apa pun ' Buka buku baru, tutup buku lama ' hewhew. Semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih bermakna dari tahun-tahun lepas. Aminn !! Azam ? mesti lah ada, semua orang ada kan, azam nak jadi lebih baik dari tahun-tahun lepas, Insyaallah.
Okay, reverse balik tarikh-tarikh sebelum ni yang ada pristiwa aku tak post entri,
22 Disember 2011 :
Ambil result PMR > Alhamdulillah aku dapat 5A. Nasib-nasib je, result tahun ni lebih baik dari tahun lepas sebab graf turun. Alhamdulillah. Sayangggg kau KPM ♥ hee ^^ to adik-adik yang nak ambil PMR tahun depan banyakkan doa, solat hajat and jangan nak online je macam aku dulu. Tengok result aku macam mana, so jangan ikut apa yg aku buat ye, time-time PMR tu aku boleh lagi online , orang dok sibuk belajar. Aku dok sibuk online. So jangan ikut. Apa-apa pun Good Luck untuk PMR tahun ni :) Anyway, thanks to all the teacher yang pernah mengajar aku dari form 1 sampai lah form 3. Ni antara cikgu-cikgu yg mengajar aku :
SAINS : Pn. Bunita, Pn. Nuraini, Pn. Norbayah
MATH : En. Suhaimi, Pn. Toh, Pn. Zuraida
BM : Pn. Patima, Pn. Zuraida Zulkifli, Pn. Norshita
BI : Pn. Rizwanizah, Pn. Wan, Pn. Farasya'
GEO : En. Rony, Pn. Suhida, Pn. Uma
SEJ : Pn. Guslina, Pn. Norhazliza, Pn. Suhida, Pn. Maimon
PAI : Ustaz Ghazali, Ustazah Uraidah, Ustazah Azlin, Ustazah Rugayah
KHB : Pn. Azlina, Pn. Zahra, Pn. Anizah
30 Disember 2011 :
Semak permohonan kemasukan ke sekolah teknik tahun depan > Alhamdulillah tak dapat :'> aku memang taknak pergi pun, sekolah yang aku mohon tu tak cantik # bukan nya buruk tau. Aku taknak sekolah situ. Aku lebih rela sekolah sini -_- Lagi pun ramai kawan aku tak pindah, so aku pun taknak pindah lah. hee ^^ andandand hari ni jugak aku dengan dia break :'> hewhew.
31 Disember 2011 :
FAMILY DAY > Pergi mandi-manda kat pantai, Pantai Bagan Lalang. Huh. Best ! Pergi dengan family kawan-kawan ayah. Ramai-ramai gitu, 5 kereta pergi. Tambah best dan meriah lah jawabnya. Pergi dalam pukul 8 macam tu lah. Sampai sana dalam pukul 9 lebih. Sampai je terus lari pergi kat pantai, barang semua tak turun lagi. Hampehh. Pastu baru lah pergi keluarkan barang dari kereta. Then, pergi siap-siap nak mandi, then, and apa lagi, lari lah. Hee ^^ Kejap mandi kejap makan, normal lah kan. Ada sekali tu aku kena tanam, haha, first time tu kena tanam. Haha :D then sambung mandi lagi, dalam pukul 2 macam tu kena naik dah, siap-siap nak balik :( Nak tau, kulit aku terbakar. muahahaha. Sebab mandi pantai lah. Tapi aku tak kesah pun, biar je lah. hee ^^ yang penting kita enjoy. Haha. Sedih nak tinggalkan pantai tu. Tapi kena jugak tinggalkan :( Okay, balik rehat jap, then after maghrib keluar lagi. Pergi carik keropok lekor untuk abang aku nak bawak balik Sabah. Then, pergi funfair dekat Sri Kembangan. Huh >.< menyesal pergi, baik dok rumah. Lagi bagus. Pergi dapat main kereta je, apalah --' Then balik lah. Tak lama pun dekat funfair tu, tak nak lama-lama. Bosan je -_-" Countdown NewYear tengok kat tv je, tak pergi mana-mana pun tengok tu. Yang dapat pergi mana-mana tu untunglah :'>
1 Januari 2012 :
Ahad > Permulaan hari dalam tahun 2012. And hari abang aku balik Sabah :'< sedih, sunyi balik rumah, pas ni akak aku pulak nak balik kolej, haih ! cuti dah nak habis, lagi berapa hari je nak sekolah. Time-time ni lah tetiba aku dah tak de semangat nak pergi sekolah. haih ! Dulu bukan main excited lagi nak sekolah, dah dekat-dekat nak skolah ni tetiba malas pulak :(
Okay tu je lah. Penat aku ingat balik apa yang jadi sebelum-sebelum ni. huh >.<" Good NightMorning Peeps :) already sleepy, Baibai, Next post coming soon :) See ya :)
|